malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Kementerian Pembangunan Luar Bandar peruntuk RM5 Juta perkasa usahawan wanita

Tarikh kemaskini: 11/08/2018
 
JOHOR BAHRU, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperuntukkan RM5 juta bagi program latihan dan bimbingan untuk memperkasa usahawan wanita pada tahun ini.

Menterinya Rina Mohd Harun berkata peruntukan itu disalurkan oleh kementerian menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dua minggu lepas, selaras pelancaran program pembangunan usahawan wanita iaitu Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE) 2018.

"Menyedari keperluan untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam keusahawanan dan perniagaan, maka kementerian melalui Mara melancarkan program ini (WISE) bagi pembangunan usahawan wanita.

"Kita (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) menyasarkan lebih 5,000 usahawan wanita akan menerima manfaat daripada peruntukan yang disalurkan ini," katanya berucap pada Program Menyantuni Transformasi Luar Bandar anjuran Persatuan Usahawan Muslimah Johor, di sini hari ini.

Rina berkata pihaknya bukan sahaja sentiasa berusaha untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam program-program keusahawanan dan perniagaan tetapi turut mahu melihat golongan tersebut menyerlah dalam bidang yang diceburi.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu