malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Mansuh Akta 803 bukan langkah tergesa-gesa - Liew

Tarikh kemaskini: 11/08/2018
 
PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) -- Pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan media mempunyai kebebasan menjalankan proses semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata pemansuhan itu bukan satu tindakan tergesa-gesa sepertimana dakwaan Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said sebaliknya dibuat kerana kerajaan berpandangan perundangan sedia ada sudah memadai untuk menangani masalah berita palsu.

"Tindakan tegas masih boleh diambil mengikut undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu.

"Malah, pemansuhan akta itu juga akan memberi kebebasan kepada rakyat untuk bersuara, tertakluk kepada undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ia bagi menyangkal kenyataan dibuat Azalina melalui akaun Facebook bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 9 Ogos lepas yang mendakwa langkah memansuhkan akta itu bersifat tergesa-gesa.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu