malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Yamani Hafez digesa kosongkan kerusi parlimen Sipitang

Tarikh kemaskini: 11/08/2018
 
SIPITANG, 11 Ogos (Bernama) -- Anggota Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa digesa mengosongkan kerusi Parlimen itu jika tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Dalam gesaannya,  Anggota Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata sejak Pilihan Raya Umum ke-14 kira-kira tiga bulan lalu hingga sekarang, Yamani Hafez gagal “munculkan diri” dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang memilihnya.

“… jadi sia-sialah rakyat yang telah memilih beliau sebagai Anggota Parlimen Sipitang,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata Yamani Hafez perlu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada rakyat memilih wakil baharu yang dapat mendengar serta membantu menyelesaikan masalah mereka.

“Kita tahu dia dilahirkan dalam keluarga berada dan tidak biasa masuk kampung, mungkin  sebab  itulah (beliau) rasa tidak perlu turun padang,” katanya.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu