malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

MIFA terus dahului Kumpulan C

Tarikh kemaskini: 11/08/2018
 

PETALING JAYA , 10 Ogos -- Anggota polis terpaksa menenangkan penyokong pasukan Kelantan yang mengeluarkan banting ketidakpuasan hati terhadap kepemimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Illias Khan pada perlawanan Unifi Piala Malaysia 2018 diantara MIFA dan Kelantan di Stadium AirAsia MBPJ Kelana Jaya, hari ini. Keputusan penuh MIFA 2 Kelantan 0
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Pasukan MIFA melakar kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan Kelantan 2-0.

Dalam saingan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini, MIFA membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pemain import dari Liberia, Kpah Sean Sherman pada minit ke-25.

Pasukan berstatus kelab itu dihadiahkan sepakan tersebut selepas bola terkena tangan pertahanan Kelantan, Muhammad Syaiful Alias dalam kotak penalti.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu