malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Lebih 60 artifak ditemui dalam makam purba di Tibet

Tarikh kemaskini: 10/08/2018
 
LHASA, 10 Ogos (Bernama) -- Lebih 60 artifak yang dipercayai berusia kira-kira 2,000 tahun telah ditemui di makam purba di wilayah autonomi Tibet, China, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat.

Pihak berkuasa tempatan berkata para penyelidik telah menemui artifak itu di dua tapak makam dalam daerah Zanda di wilayah Ngari selepas dua bulan penggalian.

Terdapat lebih 10 makam purba di kedua-dua tapak, menurut jabatan warisan budaya tempatan.

"Artifak itu termasuk perkakasan tembikar, gangsa, emas serta aksesori dan serupa dengan penemuan di satu lagi tapak dalam wilayah Ngari yang berusia kira-kira 2,000 tahun lalu," kata Loden, yang merupakan ketua jabatan warisan budaya itu.

Pengesahan lanjut usia artifak terbabit sedang dijalankan di sebuah institut warisan budaya serantau.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu