malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

30 peratus Kedai India Muslim masih naikkan harga selepas GST sifar

Tarikh kemaskini: 12/07/2018
 

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati 30 peratus Kedai India Muslim di seluruh negara menaikkan harga makanan selepas penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar 1 Jun lalu.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata peratusan tersebut diperolehi hasil tinjauan kementerian melalui perbandingan harga makanan di premis terbabit sebelum dan selepas pelaksanaan GST sifar itu.

"Kami dapati harga makanan di 30 peratus kedai India Muslim telah berlaku kenaikan harga manakala 70 peratus yang lainnya menyaksikan penurunan."

"Oleh itu kami kini giat mengenal pasti restoran yang masih degil untuk tidak menurunkan harga makanan," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian pertamanya sejak dilantik sebagai menteri, di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata hasil tinjauan juga memerlukan kementerian memikirkan tindakan yang bersesuaian memandangkan penguatkuasaan di kementerian itu banyak menggunakan pendekatan mendidik berbanding mendenda peniaga.

"Untuk kesalahan pertama kita akan nasihat, asalkan tiada pelanggaran undang-undang secara berlebihan. Sekiranya kesalahan terbabit berulang barulah tindakan tegas akan diambil," katanya.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu