malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Fikirlah: Pantau Tabiat Buruk Salahguna Kemudahan OKU

Tarikh kemaskini: 12/07/2018
 

Pemilik motosikal bolot ruang dikhaskan bagi OKU FOTO HAKMILIK AZILA ALIAS
Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Menyalahguna kemudahan yang disediakan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) antara tabiat buruk sesetengah anggota masyarakat yang perlu diberi perhatian pihak yang berkenaan.

Pengalaman pahit ini dikongsi Azila Alias,45, atlet paralimpik negara dalam sukan ping pong dengan penulis sewaktu sesi temubual dengan beliau untuk rencana mengenai projek usahawan baru-baru ini.

"Masih ramai tidak faham mengapa sesuatu kemudahan itu disediakan khas untuk OKU, misalnya tandas yang dikhaskan untuk OKU kerana masih ada yang masih menggunakannya tanpa rasa bersalah.

"Bila ditegur, kami pula kena marah. Ada pula dengan selamba kata ?maaf' tetapi yang paling menyedihkan apabila ada dengan sinis menyuruh golongan seperti kami tunggu sajalah kerana bukannya berdiri tetapi duduk di kerusi roda. Bukan letih pun, " kata Azila.

Keluhan yang dikongsi Azila ini membuatkan saya ingin terus bertanya lebih lanjut tentang pengalaman pahitnya itu.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu