malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Agong berangkat ke hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja

Tarikh kemaskini: 12/07/2018
 

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat ke-249 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Keberangkatan baginda diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mesyuarat itu yang bermula semalam, dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat hadir ialah semua raja-raja Melayu kecuali Sultan Pahang dan Kelantan.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu