malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Guru perlu ada inisiatif sendiri selepas pemansuhan SKPMG2

Tarikh kemaskini: 11/07/2018
 
SEREMBAN, 11 Julai (Bernama) -- Guru-guru di seluruh negeri perlu ada inisiatif sendiri dalam usaha mendidik anak bangsa walaupun siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) telah dimansuhkan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata semua sekolah patuh dengan arahan daripada kementerian itu bagi membolehkan tumpuan penuh diberi pada kerja mendidik.

"Di negeri ini tiada lagi mesyuarat atau seminar khusus buat guru tetapi sebagai pendidik dan pemimpin, mereka mesti mempunyai ilmu serta pendekatan yang sesuai digunakan untuk mendidik.

"Guru juga sudah semestinya perlu ada persediaan untuk mendidik supaya lebih tersusun walaupun sudah tiada lagi audit seperti sebelum ini tetapi cukup sekadar ambil yang asas sebagai panduan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri Dr Rafie Ab Malek.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu