malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

PAS tubuh Majlis Penasihat Kerajaan di Kelantan dan Terengganu

Tarikh kemaskini: 08/07/2018
 
KUALA TERENGGANU, 8 Julai (Bernama) -- PAS akan menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan di Kelantan dan Terengganu bagi memastikan semua manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu berjaya dilaksanakan di dua negeri itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata Majlis Penasihat Kerajaan itu akan dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala timbalan pengerusinya pula ialah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Terdapat juga beberapa tokoh yang berpengalaman dalam sektor kerajaan serta pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kepakaran tertentu di dalam majlis penasihat ini.

"Ia juga terdiri daripada pimpinan parti serta panel perunding iaitu pegawai-pegawai dalam jabatan kerajaan untuk memastikan pelaksanaan manifesto PRU14 yang berteraskan kesejahteraan rakyat di dua negeri itu dapat dilakukan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri PAS Pusat dan PAS Terengganu di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun PAS telah memerintah Kelantan selama 28 tahun, majlis penasihat itu tetap perlu ditubuhkan di Kelantan untuk memastikan semua janji manifesto PAS kepada rakyat negeri itu dapat ditunaikan.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu