malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Aliran trafik perlahan di Lebuh Utara Selatan setakat 11.45 malam

Tarikh kemaskini: 15/06/2018
 
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Trafik di beberapa bahagian Lebuh Raya Utara-Selatan dilapor bergerak perlahan setakat 11.45 malam ini, berikutan masih ramai yang menuju ke kampung halaman masing-masing menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan selepas Slim River ke Sungkai kerana bilangan kenderaan yang banyak selain berhampiran perhentian Rehat & Rawat Seremban kerana terdapat kemalangan di KM 270 arah selatan.

Menurutnya, trafik juga dilaporkan perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam kerana sebuah lori rosak di lorong kiri di KM49.8 utara.

"Selain itu, trafik juga masih perlahan selepas Tapah menghala ke Gua Tempurung di Perak," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik lancar dan terkawal di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2 di kedua-dua arah.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu