malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Kerajaan negeri tekad untuk memacu pertumbuhan Kedah

Tarikh kemaskini: 15/06/2018
 
ALOR SETAR, 14 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Harapan (PH) bertekad untuk memacu pertumbuhan negeri ini agar menjadi sebuah negeri maju dan membangun dengan sokongan padu daripada kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri kini memberikan tumpuan kepada usaha membetulkan kelemahan kerajaan terdahulu dengan pelan tindakan serta pendekatan baharu sedang dirangka untuk dilaksanakan segera.

"Saya sedar ia bukan kerja yang mudah. Pelbagai cabaran pasti dihadapi, namun saya percaya hasil sokongan, dokongan dan kerjasama semua pihak, termasuk daripada kalangan rakyat sendiri dapat menjayakan matlamat kerajaan kita ini.

"...saya yakin kita boleh lebih optimistik terhadap daya maju negeri kita dalam pelbagai sektor," katanya dalam perutusan sempena Aidilfitri malam ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu