malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Media Itali dakwa TMJ akan beli saham kelab Ac Milan

Tarikh kemaskini: 14/06/2018
 
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan sudah dimaklumkan oleh kelab Itali Seria A, AC Milan untuk menjadi pemegang saham kecil dalam kelab berkenaan.

Menurut laporan media Itali, Presiden AC Milan, Yonghong Li sudah berunding dengan rakyat Malaysia berketurunan Melayu bagi membeli saham dalam kelab tersebut.

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi bahawa individu dimaksudkan 'berketurunan Melayu' seperti dipetik media Itali itu adalah Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Tunku Mahkota berminat dengan Milan. Pencarian terus untuk nama rakan kongsi yang akan menyokong Li Yonghong dalam pengurusan syarikat Via Aldo Rossi, bermula daripada rakan kongsi minoriti pada masa hadapan, mungkin, menjadi Presiden kelab," PremiumSportHD melaporkan pada Rabu.

Sementara itu, laman sesawang bola sepak Itali, http://www.calciomercato.com menyatakan bahawa Milan akan diambil alih oleh pelabur daripada syarikat multinasional Amerika Syarikat, Goldman Sachs.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu