malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

HRDF pandang serius dakwaan, ikrar untuk kerjasama dengan kementerian

Tarikh kemaskini: 14/06/2018
 
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) memandang berat semua dakwaan yang dibuat terhadap agensi itu dan berjanji untuk memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Sumber Manusia dan pihak berkuasa berkaitan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan ia sedar bahawa banyak dakwaan telah dibuat dalam media sosial mengenai penyelewengan dana dan dakwaan yang sama juga disiarkan dalam media arus perdana.

"Disebabkan dakwaan itu, satu mesyuarat town hall dipanggil pada 7 Jun apabila Pembekal Latihan Berdaftar HRDF telah dijemput untuk bertemu dan menyuarakan kebimbangan secara terus kepada Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran.

"Justeru, komitmen menteri adalah untuk menubuhkan sebuah panel bebas ungtuk meneliti perkara-perkara yang dibangkitkan sebagai sebahagian daripada usaha memupuk ketelusan dan kebertanggungjawaban," kata kenyataan itu.

HRDF berkata ia akan terus mematuhi prinsip tadbir urus yang baik dan ingin memperjelaskan pendiriannya, menghapuskan dakwaan itu dan menggalakkan komen dihantar ke saluran rasmi untuk tindakan sewajarnya.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu