malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Malaysia perlu semak terma pinjaman yen, kata pakar ekonomi

Tarikh kemaskini: 14/06/2018
 
Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu melihat kepada terma dan syarat (T&C) yang disertakan dengan pinjaman dalam mata wang yen dari Jepun untuk memastikan kredit yang diperoleh akan mengurangkan hutang kerajaan, kata pakar ekonomi.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Profesor Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid berkata butiran seperti jumlah pinjaman dan jika ia melibatkan pakej perdagangan tertentu yang hanya memihak kepada Jepun, akan menjadi elemen utama yang perlu dikaji oleh Malaysia secara menyeluruh.

"Misalnya, adakah T&C melibatkan syarat dagangan yang berat sebelah yang memerlukan kita mengeksport minyak dan gas atau minyak sawit kita pada harga tertentu dalam tempoh masa tertentu? Atau adakah ia berkaitan dengan pembukaan cawangan universiti Jepun di Malaysia?

"Ini adalah perincian yang perlu kita kaji sebelum kita mendapat pinjaman," katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat permohonan kepada rakan sejawatannya dari Jepun Shinzo Abe untuk memberi kredit yen dalam bentuk pinjaman mudah bagi membantu menyelesaikan hutang kerajaan Malaysia yang melebihi RM1 trilion semasa lawatan rasmi beliau ke Tokyo, baru-baru ini.

Zakariah mengingatkan pinjaman ini juga boleh digunakan sebagai 'instrumen' bagi kerajaan Jepun untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka di Asia Tenggara, berdasarkan Malaysia yang terletak secara strategik di rantau ini.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu