malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Kuih Makmur kuih raya kegemaran Tun Dr Mahathir

Tarikh kemaskini: 14/06/2018
 
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih kuih makmur sebagai kuih raya kegemarannya pada musim Hari Raya Aidilfitri.

"Kuih makmur kurang gula...dulu banyak gula sekarang kurang gula," katanya dalam video mengenai pesanan istimewa Hari Raya kali ini.

Ditanya mengenai lagu raya pilihannya, Dr Mahathir meminati lagu Selamat Hari Raya dendangan Allahyarham Sudirman Arshad selain memilih warna ungu ketika diajukan soalan mengenai warna baju Melayu kegemarannya.

Beliau juga menyifatkan saat berkumpul bersama seluruh keluarga selepas pulang daripada menunaikan solat sunat Aidilfitri dan berhari raya bersama keluarga merupakan memori indahnya pada hari lebaran.

"Ada pada satu hari raya tu semua ahli keluarga ada bersama...kadang-kadang ada yang tak dapat datang tu tak begitu ceria la.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu