malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Kaedah Psikoetika Pupuk Nilai Murni Pemandu Semasa Perayaan

Tarikh kemaskini: 14/06/2018
 
Oleh Dr Haslinda Abdullah

Dr Haslinda Abdullah, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) serta Pensyarah Psikologi Sosial, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pandangan untuk mengubah sikap pemandu Malaysia ketika berada di jalan raya.



KUALA LUMPUR (Bernama) -- Musim perayaan tiba lagi. Kali ini kita akan menyambut Hari kebesaran umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Lazimnya di musim perayaan ini kita turut membaca berita kemalangan di sana-sini di samping rayuan dari Bank Darah Negara yang memerlukan derma darah.

Kejadian kemalangan yang semakin menjadi-jadi dan melibatkan kematian yang mengerikan mutakhir ini bukan sahaja membimbangkan tetapi juga antara isu negara yang perlu ditangani secara kolektif dan bersungguh-sungguh.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2013, Malaysia menduduki tangga ke-tiga tertinggi berkaitan kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya, di mana 23 orang bagi setiap 100,000 penduduk dan purata 14.4 kematian setiap hari. Sepanjang musim perayaan pula, secara purata ianya melibatkan 200 kematian.

Antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini ialah sikap pemandu, justeru sikap dan mentaliti rakyat Malaysia perlu berubah.

Kajian yang dijalankan oleh Green dan Senders (2004) mendapati kesilapan pemandu dalam mengendalikan kenderaan menyumbang kepada 57 peratus punca nahas jalan raya, 2.4 peratus nahas jalan raya disebabkan oleh kesilapan mekanikal dan 4.7 peratus lagi berpunca daripada persekitaran.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu