malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Lapangan Terbang Labuan cecah 24, 500 penumpang minggu ini

Tarikh kemaskini: 14/06/2018
 

LABUAN, 14 Jun (Bernama) -- Bilangan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Labuan dijangka melonjak sebanyak 36 peratus sehinngga mencecah 24,500 orang minggu ini.

Pengurus Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Labuan , Ahmad Fikri Samsudin berkata, peningkatan itu didorong oleh empat penerbangan tambahan yang diluluskan iaitu Kuala Lumpur - Labuan - Kuala Lumpur untuk musim cuti sekolah dan sambutan Hari Raya.

"Pergerakan penumpang ketika musim biasa cuma 15,800 orang kami menjangkakan

peningkatan besar dalam pengendalian penumpang minggu ini sehingga minggu terakhir cuti sekolah," katanya kepada Bernama hari ini.

Pengangkutan udara adalah perhubungan utama pulau bebas cukai ini ke Semenanjung dan Miri, Sarawak, manakala pengangkutan laut iaitu feri (ro-ro dan feri ekspress) kekal sebagai perhubungan alternatif penting ke tanah besar Sabah.

Fikri berkata pertumbuhan bilangan penumpang udara melalui Lapangan Terbang Labuan juga didorong oleh sektor minyak dan gas pulau dan aktiviti kewangan yang dinamik

"Kami akan menjalankan peranan untuk memastikan perkhidmatan yang setaraf kerana ia penting bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan asing untuk melawat pulau tersebut dan diharapkan kami mempunyai pengunjung berulang, "katanya.

Beliau berkata perkhidmatan penerbangan akan datang oleh Malindo Air juga akan membantu meningkatkan bilangan penerbangan ke Labuan dan sebaliknya.

-- BERNAMA



 
 
 

       Berita Utama Terdahulu