malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Rakyat Malaysia di New Delhi beri sumbangan keperluan makanan sempena Aidilfitri

Tarikh kemaskini: 13/06/2018
 
NEW DELHI,13 Jun (Bernama) -- Rakyat Malaysia di New Delhi menyumbangkan sejumlah setengah tan barangan keperluan makanan untuk membantu masyarakat setempat meraikan Aidilfitri.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Hidayat Abdul Hamid berkata sumbangan ikhlas itu juga bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan.

"Ia hanya sumbangan kecil daripada pihak kami untuk mereka yang memerlukan," katanya.

Sumbangan itu disampaikan kepada imam Masjid Komuniti, Qari Abdullah dan rakan-rakannya di pejabat menerima sumbangan di Pesuruhjaya Tinggi.

Masjid yang dikendalikan imam Qari terletak di pusat bandaraya di barat daya New Delhi, menyediakan kelas pengajaran Al-Quran untuk kira-kira 60 kanak-kanak miskin dan menawarkan pendidikan rendah percuma.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu