malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Siti Khadijah Dedah Isu Telekung Tiruan, Lancar Telekung Swarovski

Tarikh kemaskini: 13/06/2018
 

Telekung Crystal Swarovski Limited Edition
Oleh Mohammad Johari Yaakob

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Buat pertama kalinya, pihak Siti Khadijah Holding Sdn Bhd (SKHSB) tampil memberi keterangan rasmi di majlis berbuka puasa Siti Khadijah mengenai isu telekung tiruan buatan Vietnam yang menggunakan trademark (jenama) dan rekaan Siti Khadijah sewenang-wenangnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah Holding Sdn Bhd (SKHSB), Sahar bin Sahad, pihak mereka menerima ribuan panggilan dan maklum balas berkenaan telekung tiruan yang ternyata jauh berbeza dari segi kualiti dan konsistensi.

"Kami terpanggil untuk mengadakan sidang media ini kerana transaksi penjualan telekung tiruan yang menggunakan trademark dan rekaan kami semakin menjadi-jadi.

"Lebih kritikal lagi apabila logo dan cara bungkusan ditiru bulat-bulat dan amat mengelirukan pengguna. Impaknya terhadap pengguna, rakan niaga, ekonomi negara dan imej kami sebagai pengeluar telekung premium harus dihebahkan supaya pelanggan tidak rasa tertipu memiliki telekung tiruan yang dianggap asli," jelas Sahar pada sidang media di Flora Terrace baru-baru ini.

Untuk mengelak kekeliruan pengguna, Sahar menegaskan bahawa telekung jenama Siti Khadijah yang asli hanya dijual di lebih 28 butik Siti Khadijah di seluruh negara, di laman web rasmi www.sitikhadijah.com, tiga sosial media rasmi Siti Khadijah; Facebook, Instagram dan Twitter dan saluran marketplace sah iaitu Lazada, Shopee, FashionValet dan Astro Go Shop.



TIADA KILANG DI VIETNAM


SK TVC Raya Ruby (Joyce Harn) dan ibu mertua (Fauziah Nawi)


"Kami tidak pernah melantik mana-mana ejen jualan dalam talian mahupun individu dan tidak pernah mempunyai kilang di Vietnam," tambah Sahar lagi.

Kilang Siti Khadijah yang berlokasi di Bangi, dijalankan oleh 98 peratus pekerja warganegara dan bumiputera untuk menyokong industri tempatan dan menggalakkan aliran wang dalam negara, sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara, katanya.

Kerlipan feminin dari tatahan kristal jadi penambah seri pada koleksi terbaharu telekung Siti Khadijah. Koleksi edisi terhad Telekung CLSE

Crystal Swarovski Limited Edition terilham dengan kolaborasi sulung bersama jenama antarabangsa Swarovski.

Dua rona gelap pilihan; teal green dan burgundy dirias rapi dengan tatahan kristal Swarovski berbentuk bunga di bahagian hadapan telekung agar tampil minimalis dan tidak terlalu menonjol. Kerana, si pemakai tahu, keindahannya peribadi, tanpa mengganggu konsentrasi jemaah lain di saf belakang.


Telekung Crystal Swarovski Limited Edition in Burgundy


Demi menjamin keselesaan maksima, telekung edisi terhad ini ditawarkan dalam tiga pilihan saiz klasik pada bahagian wajah iaitu S (58cm), M (60cm) dan L (62cm). Manakala ukuran telekung; labuh hadapan (117cm), labuh belakang (122cm), labuh lining (65cm) dan ukuran kain; labuh (135cm), lebar (80cm).

Telekung CLSE

Crystal Swarovski Limited Edition dijual pada harga RM399 sepasang dan kini mula didapati di butik Siti Khadijah terpilih dan secara online di www.sitikhadijah.com bermula 8 Jun lalu.

Sidang media itu turut memaparkan video pendek raya Siti Khadijah, lakonan Fauziah Nawi, Joyce Harn dan Fikry Ibrahim. Selain itu, jenama Siti Khadijah turut memperkenalkan koleksi terhad Baju Kurung CSLE yang juga bertatahkan kristal Swarovski.

"Follow " di Instagram: @telekung.sitikhadijah dan "Like " Facebook Telekung Siti Khadijah.

-- BERNAMA





 
 
 

       Berita Utama Terdahulu