malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Poster Filem "Kalla: Hidup Atau Mati" Dilancarkan

Tarikh kemaskini: 13/06/2018
 

Barisan pelakon bersama dengan pihak produksi filem
Oleh Mohammad Johari Yaakob

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bersempena bulan Ramadan, Little Film Sdn Bhd telah melancarkan poster filem 'Kalla: Hidup Atau Mati' di samping mengadakan majlis berbuka puasa di Concorde Hotel baru-baru ini.

Menurut Datuk Dr Suhaimi Ibrahim selaku Penerbit filem ini berkata 'Kalla: Hidup Atau Mati' akan menemui pencinta karya filem tempatan pada hujung Oktober ini.

"Filem bergenre suspens thriller ini diperkuatkan dengan barisan pelakon yang cukup hebat dan berpengalaman di samping jalan cerita yang penuh mendebarkan untuk menambahkan warna industri filem tempatan," katanya semasa berucap pada majlis tersebut.

Majlis itu menyaksikan pelancaran poster filem 'Kalla: Hidup Atau Mati" dalam dua versi iaitu poster utama yang akan menghiasi papan-papan iklan utama negara (billboard) serta versi kedua untuk tujuan promosi bersifat viral.

Selain, kehadiran barisan pelakon filem ini seperti Faizal Hussein, Farali Khan, Azhan Rani, Vanida Imran, Zaidi Omar, Haeryanto Hassan, Riz Amin dan Farah Ahmad, Little Film juga mengundang anak-anak yatim dari Pertubuhan Baitul Aini Selangor sebagai metafora perkongsian rezeki bersama golongan yang berhak dibantu.

WATAK UTAMA

Faizal Hussein selaku watak utama dalam filem tersebut berpendapat watak tersebut adalah berbeza dengan watak-watak yang pernah digalas oleh beliau sebelum ini.


Persembahan nyanyian daripada Aishah


"Watak yang saya lakonkan kali ini agak mencabar bagi diri saya kerana walaupun ini adalah filem aksi tetapi watak saya tidak membenarkan saya untuk membalas balik kerana watak saya adalah watak yang untuk dikasihankan," katanya ketika ditemui di sini Jumaat lalu.

Bagi Riz Amin pula, cabaran yang beliau hadapi untuk menjayakan watak Kasmuri ialah terpaksa menjadi nelayan berbangsa Bajau yang memerlukan beliau untuk berbahasa Sabah.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh Datuk Dj Dave, Norynn Aziz, Aishah dan Roslan Shah yang juga selaku pengacara pada majlis tersebut.

-- BERNAMA

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu