malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Keputusan mengenai AES dalam masa dua bulan

Tarikh kemaskini: 12/06/2018
 

PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan keputusannya mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam satu atau dua bulan selepas perkara itu dibawa ke Kabinet, kata menterinya Anthony Loke.

"Saya tidak mahu mengambil tindakan awal. Tetapi Kementerian akan mencapai keputusan kerana kita perlu membuat keputusan mengenai AES," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Beliau enggan mengulas sama ada AES akan dimansuhkan atau tidak.

Loke berkata pegawai Kementerian Pengangkutan dan jabatan-jabatan berkaitan akan menyediakan cadangan konkrit dan beliau akan membincangkan opsyen dengan para pegawai tersebut sebelum membawa perkara itu ke Kabinet.

"Kementerian perlu mengkajinya dahulu sebelum membuat pengumuman. Banyak orang belum membayar saman mereka dan bagi mereka yang mempunyai saman tertunggak, tiada tindakan diambil," kata beliau.

Pada Ogos tahun lepas, sebanyak 21 kamera AES dipasang di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara dan lebih banyak kamera akan dipasang di kawasan-kawasan yang mudah berlaku kemalangan.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu