malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

CEP akan bentangkan cadangan pembaharuan subsidi bahan api kepada PM tidak lama lagi

Tarikh kemaskini: 12/06/2018
 
Oleh Noor Soraya Mohd Jamal

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) akan membentangkan cadangan subsidi bahan api kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir seawal-awalnya minggu ini.

Diketuai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, Tun Daim Zainuddin, CEP setakat ini sudah menjalankan lebih 200 mesyuarat dengan pelbagai ketua agensi, syarikat dan individu sejak penubuhannya sebulan lepas, bagi mengkaji pelbagai isu, terutama mengenai subsidi bahan api, pemansuhan bayaran tol dan pemansuhan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan).

Beliau berkata mereka sudah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pemegang kepentingan yang berkaitan mengenai kaedah terbaik dalam melaksanakan perubahan subsidi bahan api sebelum membuat keputusan.

Orang kepercayaan Dr Mahathir itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut, namun menegaskan subsidi bahan api akan berbentuk subsidi bersasar.

Bercakap kepada Bernama dalam wawancara eksklusif, Daim berkata CEP juga menyedari sepenuhnya impak kewangan ke atas pasaran akibat daripada pemansuhan bayaran tol.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu