malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Cadangan projek kereta baharu akan tingkat keupayaan kejuruteraan Malaysia - Tun Mahathir

Tarikh kemaskini: 12/06/2018
 
Oleh Abdul Muin Majid

TOKYO, 12 Jun (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek kereta nasional baharu akan membantu meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, ketika beliau mula melaksanakan projek kereta Proton pada tahun 1980-an, Malaysia tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai cara membuat kereta tetapi secara beransur-ansur memperoleh pengetahuan untuk mereka bentuk, membuat dan mengeluarkan kereta secara besar-besaran selama lebih daripada dua dekad.

"Malangnya Proton telah dijual kepada orang China yang telah diberi hak untuk menguruskan Proton, jadi Malaysia sekarang tidak memanfaatkan kemahiran terbabit," katanya kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Jepun pada Selasa.

Dr Mahathir, yang pertama kali mendedahkan rancangan untuk inisiatif nasional baharu bagi Malaysia di Persidangan Nikkei di sini semalam berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan peluang bagi jurutera Malaysia melakukan sesuatu dengan sendiri di Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa Proton tidak lagi merupakan kereta nasional. Pada sidang akhbar hari ini, Dr Mahathir berkata agak banyak syarikat kejuruteraan Malaysia terpaksa ditutup kerana mereka tidak dapat membekalkan barangan mengikut permintaan pemilik atau pengurus baharu Proton.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu