malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Bidang Jahitan Sumber Kelangsungan Hidup

Tarikh kemaskini: 12/06/2018
 

Amamah Rifaie, pekerja am sekolah
Oleh Suriani Razali

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Sejak sekian lama kerja-kerja menjahit lebih dominan dimonopoli oleh kaum hawa.

Kerja-kerja yang penuh penelitian ini lebih sinonim dengan kaum hawa yang akan memastikan kerapian setiap tugas yang mereka lakukan sama ada di rumah mahupun di lapangan pekerjaan.

Mereka juga ada yang menjadikan bidang jahitan ini sebagai mata pencarian keluarga sama ada dijadikan sumber pendapatan sepenuh masa ataupun pendapatan sampingan.

Peranan mereka ini amat diperlukan ketika musim-musim perayaan, memasuki awal persekolahan dan juga untuk acara-acara lain seperti perkahwinan, kenduri, dan sebagainya.

Menyelami latar hidup sebagai tukang jahit, Bernama baru-baru ini menemubual Amamah Rifaie, seorang pekerja am sekolah yang mengambil tempahan menjahit secara sampingan dan juga Subanu Dolah, guru jahitan pencen yang masih meneruskan kerja-kerja menjahit.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu