malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

MQA perlu kaji semula modul pengajian pengurusan pelancongan di IPT

Tarikh kemaskini: 18/05/2018
 
Oleh Nurhafizah Tan

PETALING JAYA, 18 Mei (Bernama) -- Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) disaran untuk mengkaji semula modul pengajian pengurusan pelancongan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dalam melahirkan graduan lebih berkualiti sekaligus lebih ramai pakar bagi membangunkan industri itu.

Pengerusi Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) Uzaidi Udanis berkata semua standard baharu perlu ditetapkan MQA dalam memberi akreditasi kepada IPT yang menawarkan jurusan tersebut di terutama di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Jelasnya antara aspek yang perlu dipertimbangkan adalah melanjutkan tempoh latihan industri kepada setahun, untuk menyediakan pendedahan lebih mendalam menerusi latihan di tempat kerja dalam industri.

"Tempoh latihan industri tiga bulan seperti sedia ada dilihat tidak relevan lagi, pembelajaran teori terlalu banyak pun tidak perlu kerana ia tidak membantu graduan di lapangan kerja dalam industri pelancongan," katanya kepada Bernama di sini.

Ujarnya seiring dengan perubahan zaman, kursus di IPT juga perlu diselaraskan dengan peluang perniagaan baharu termasuk yang dijalankan menerusi dalam talian.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu