malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Malaysia gagal kekal rentak kemenangan saingan Trofi Juara-Juara Asia

Tarikh kemaskini: 18/05/2018
 
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Malaysia memberikan saingan sengit sebelum tewas 3-2 kepada juara bertahan, India pada aksi terakhir pusingan awal Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita di Stadium Sunrise, Donghae, Korea Selatan hari ini.

Ia merupakan kekalahan ketiga dialami skuad Malaysian Tigress setelah tewas, masing-masing dengan keputusan 1-3 kepada Korea Selatan dan China pada dua aksi terdahulu.

Malaysia, bagaimanapun berjaya meraih kemenangan sulung setelah mengalahkan Jepun 3-2 pada aksi ketiga, semalam.

Pada aksi hari ini, skuad negara kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah ketinggalan hasil jaringan Gurjit Kaur pada minit ke-17 dan Vandana Katariya pada minit ke-33.

Malaysia kembali memberikan saingan menerusi pukulan penalti strok oleh Nuraini Rashid pada minit ke-36 sebelum India mengukuhkan cengkaman hasil gol padang Lalremsiami pada minit ke-40.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu