malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

PDRM Lakukan Operasi Pencarian Di Kediaman Mewah Najib

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan operasi pencarian di kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan, di sini, malam ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kami sedang membuat serbuan di sini, sebarang perkembangan akan diberitahu kemudian," katanya.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu