malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Projek mega Pulau Pinang mampu dipercepatkan - Chow

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
GEORGE TOWN, 17 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mulakan rundingan dengan syarikat konsesi dan agensi kerajaan berkaitan bagi mempercepatkan tempoh pelaksanaan beberapa projek mega di negeri ini.

Ketua Menteri yang baharu, Chow Kon Yeow, berkata pihaknya telah mula membuat temu janji dengan syarikat-syarikat konsesi bagi membincangkan tentang kemajuan projek dan segi pelaksanannya.

"Kita juga telah mendapat pemintaan daripada Prasarana dan juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk berbincang bagaimana nak memajukan projek-projek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazaar Ramadan anjuran Liga Muslim Pulau Pinang, di sini hari ini.

Tambahnya, memandangkan sekarang kerajaan negeri telah selari dengan kerajaan persekutuan, beliau berharap sekurang-kurang tempoh proses dokumentasi projek berkenaan dapat dipercepat.

Antara projek yang diklasifikasikan sebagai projek mega negeri adalah projek terowong dasar laut yang merangkumi pembinaan tiga lebuh raya utama, projek Penambakan Pulau Pinang Selatan (PSR), Penang Sky Cab dan Transit Aliran Ringan (LRT) dengan anggaran keseluruhan kos sebelum ini bernilai RM46 billion.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu