malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

AirAsia Group memiliki tiga syarikat penerbangan antarabangsa dengan nilai terbaik di udara

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Tiga syarikat penerbangan antarabangsa dengan nilai terbaik di udara adalah daripada AirAsia Group, menurut laporan perancang perjalanan global, Rome2rio.

Laporan ranking penerbangan global yang menyenaraikan 25 syarikat penerbangan dengan nilai terbaik untuk pelancong itu, turut menganalisis lebih 1.5 juta tambang kelas ekonomi 200 syarikat penerbangan.

"Sekutu penerbangan jarak jauh AirAsia, AirAsia X, menduduki tempat pertama manakala AirAsia Indonesia di tempat ketiga dan AirAsia Philippines di tempat ke-18 dalam senarai itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA .
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu