malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Operasi tabika Kemas di Terengganu masih berjalan seperti biasa

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
KUALA TERENGGANU, 17 Mei (Bernama) -- Operasi tabika Kemas masih berjalan seperti biasa di seluruh Terengganu setakat ini, kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata pentadbiran kerajaan negeri baharu membincangkan beberapa perkara yang perlu diberi lebih keutamaan dan persoalan mengenai tabika Kemas bukanlah sesuatu yang perlu disegerakan buat masa sekarang.

"Biarkan semuanya berjalan seperti biasa kerana seperti yang saya tegaskan awal lagi kita mahu minimumkan gangguan terhadap pentadbiran atau tidak mahu timbul ketidaksenangan hati masyarakat kita terutama dalam isu pendidikan anak-anak ini.

Jadi kita utamakan perkara yang lebih penting kepada masyarakat untuk dilakukan perubahan. Sudah tentu selepas ini akan timbul macam-macam soalan tentang itu dan tentang ini....jadi kalau tiada apa-apa keputusan maksudnya semua (operasi) masih berjalan seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bubur lambuk di perkarangan Masjid Abidin di sini hari ini.

Sejak PAS Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, timbul desas-desus kononnya berlaku pemecatan imam dan tabika Kemas ditutup namun ia hanya berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu