malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Jangan bimbang penurunan penarafan kredit - Perdana Menteri

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
PETALING JAYA, 17 Mei (Bernama) -- Malaysia tidak perlu bimbang ke atas sebarang potensi penurunan penarafan kredit disebabkan pelaksanaan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), memandangkan negara dijangkakan memperoleh keuntungan daripada harga minyak yang lebih tinggi, selain pengurangan perbelanjaan kerajaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"(Ini) Bajet (2018) disediakan semasa minyak berharga US$52, (tapi) kini US$70 setong, kita akan membuat keuntungan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata mekanisme penetapan hasil telah diambil kira semasa kerajaan memutuskan untuk menurunkan kadar GST daripada enam peratus kepada kadar sifar peratus.

Beliau juga berkata turun naik harga minyak, yang akan memberi impak ke atas hasil kerajaan, sudah diambil kira semasa memutuskan untuk memperkenalkan semula subsidi petroleum.

"Apa yang kami putuskan ialah tidak lagi ada perubahan atau turun naik harga petroleum, yang kini bertukar setiap minggu.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu