malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

SUPP mahu Pakatan Harapan Sarawak laksanakan manifesto PRU14

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 

MIRI, 17 Mei (Bernama) -- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menggesa Pakatan Harapan (PH) melaksanakan semua janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), terutamanya berkaitan penurunan kuasa dan kenaikan royalti petroleum kepada Sarawak.

Sekretariat publisiti pusat SUPP, dalam kenyataan hari ini, mengingatkan PH bahawa semua janji yang diikrarkan dalam manifesto pilihan raya merupakan janji yang mereka ikrarkan kepada rakyat Sarawak.

"PH Sarawak menyatakan dengan jelas dalam manifesto pilihan raya Buku Harapan di bawah Janji 41 dan 47 bahawa sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan yang memerintah, kerajaan PH akan memastikan kemakmuran rakyat Sarawak dengan menaikkan royalti petroleum Sarawak kepada 20 peratus," menurut kenyataan itu.

Sebagai tambahan, SUPP berkata PH berjanji untuk melaksanakan penurunan kuasa kepada Sarawak yang turut merangkumi pemulangan kepada Sarawak 50 peratus hasil cukai yang dikutip di negeri ini.

Dalam pilihan raya umum 9 Mei itu, SUPP tewas enam daripada tujuh kerusi perlimen yang ditandinginya dengan DAP menang lima kerusi dan PKR satu kerusi.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu