malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Malaysia alami pertumbuhan ekonomi mapan pada 2018

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
Oleh Siti Radziah Hamzah and Farhana Poniman

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pertumbuhan ekonomi negara pada 2018 dijangka mapan kerana disokong oleh penggunaan swasta dan keputusan kerajaan baharu untuk menyusun semula projek mega.

Beliau berkata, penggunaan swasta, yang kini menyumbang 55.1 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menjadi pemacu utama pertumbuhan berdasarkan penarafan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Jun.

"Pelaksanaan subsidi bahan bakar bersasar akan turut membantu meningkatkan sentimen di kalangan isi rumah. Tahap hutang isi rumah menurun sedikit kepada 84 peratus daripada KDNK pada suku pertama 2018 berbanding 84.2 peratus pada suku sebelumnya.

"Oleh itu, kewangan isi rumah secara beransur-ansur bertambah baik yang akan memberi ruang untuk perbelanjaan pengguna yang mampan," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Afzanizam juga berkata, pertumbuhan 5.9 peratus tahun lepas menunjukkan bahawa ekonomi mungkin telah berkembang melepasi potensinya dan memberi gambaran bahawa inflasi sedang berlaku.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu