malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Pemain Pelapis Kelantan sedia bersaing

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
KOTA BHARU, 17 Mei (Bernama) -- Pemain pelapis Kelantan, Mohamad Hakimi Abdullah bersedia memberikan saingan bagi merebut tempat dalam skuad bawah 19 tahun Kebangsaan dikendalikan ketua jurulatih Bojan Hodak.

Mohamad Hakimi, 19, tidak sabar untuk membuktikan pemilihannya tepat selepas bersama pasukan Piala Belia Kelantan musim ini.

"Musim lalu saya bermain bersama Pasukan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Rantau Panjang dan ianya rezeki saya untuk terpilih bagi menjalani latihan bersama pasukan bawah 19 tahun Kebangsaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohamad Hakimi adalah antara 27 pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan pusat di Kelana Jaya, Selangor bermula Ahad ini bagi persediaan menghadapi kejuaraan B-19 tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Indonesia Julai depan.

Pemain sayap kiri itu berkata beliau tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut yang menjadi impian setiap pemain bagi mewakili negara pada sesuatu kejohanan.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu