malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

HBA sambut baik manifesto Pakatan Harapan mengenai perumahan

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) menyambut baik manifesto Pakatan Harapan mengenai perumahan mampu milik dan pemilikan rumah yang disifatkannya telah difikirkan dengan baik.

Setiausaha Agungnya Chang Kim Loong berkata jika dilaksanakan dengan betul, ia boleh meningkatkan bekalan perumahan mampu milik.

"HBA melihat manifesto itu dengan keyakinan dan harapan yang tinggi... kami sangat-sangat menyokong manifesto ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan bagi memberi taklimat berhubung pandangan mereka tentang agenda perumahan, di sini hari ini.

Sebelum memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan mengumumkan antaranya mereka akan membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh dua penggal menjadi kerajaan.

Mereka juga mengumumkan pembentukan skim pinjaman perumahan khas untuk belia membeli rumah pertama mereka selain caj penyelenggaraan kawasan perumahan kos rendah akan ditanggung kerajaan.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu