malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Penerbangan ihsan JBPM bantu kanak-kanak Orang Asli demam panas

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
GUA MUSANG, 17 Mei (Bernama) -- Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu membawa keluar seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli di Kampung Chemal, Pos Simpor untuk dihantar ke Hospital Gua Musang hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM, Pangkalan Udara Subang, Selangor Mohd Farhan Marzuki berkata kanak-kanak tersebut Suzilin Arisan, 3, mengalami sesak nafas akibat demam panas.

"Penerbangan ihsan itu menggunakan helikopter AW 139 berlepas dari Pangkalan Udara Bertam, Pulau Pinang pada 9.35 pagi dan mendarat di Kampung Chemal pada 10.20 pagi untuk mengambil kanak-kanak tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya helikopter yang membawa kanak-kanak itu bersama ibunya kemudian mendarat di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada 10.40 pagi sebelum dihantar ke hospital berkenaan menggunakan ambulans.

Beliau berkata semalam, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Gombak menghubungi pihaknya untuk mendapatkan bantuan membawa keluar kanak-kanak itu bagi mendapatkan rawatan di hospital berikutan kesukaran laluan darat.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu