malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Penumpang lewat ditahan selepas cuba pecah masuk pesawat di Lapangan Terbang Melbourne

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
SYDNEY, 17 Mei (Bernama) -- Seorang penumpang lelaki yang "bengang" kerana ketinggalan penerbangan berjadualnya telah diberkas di Lapangan Terbang Melbourne pada Khamis selepas cuba memecah masuk ke dalam sebuah pesawat Jetstar Airways, lapor agensi berita China Xinhua.

Insiden itu telah dirakam oleh seorang penumpang yang berada dalam terminal.

Rakaman video menunjukkan suspek memukul serta menarik pintu pesawat tersebut dalam keadaan tergopoh-gapah dan cuba memasukinya.

Menurut media tempatan, lelaki itu terlewat beberapa jam untuk menaiki penerbangan asalnya dan telah bertindak agresif terhadap pekerja Jetstar.

Mereka mendakwa lelaki yang marah itu kemudian telah menolak seorang anggota kru penerbangan sebelum berlari melepasi pintu pagar terminal ke landasan terbang di mana beliau dapat mengakses tangga menuju ke dalam pesawat.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu