malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Fikirlah: Jangan Sia-Siakan Amanah Rakyat

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Setelah sekian lama ternanti-nanti dengan pelbagai tekaan mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) , akhirnya kini kita tahu siapa yang akan menerajui kepimpinan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Tahniah diucapkan kepada Anggota-anggota Parlimen dan Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru dipilih, tidak kiralah sama ada mereka daripada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional mahupun PAS.

Mereka yang kalah tidak sepatutnya terlalu kecewa kerana hakikatnya, begitulah resam sesuatu pertandingan, pasti ada yang menang dan ada pula yang kalah. Bak kata orang, bukanlah satu pertandingan sekiranya tidak ada yang kalah.

Oleh itu, usah berputus asa dan terimalah kekalahan itu dengan hati terbuka.

Hormatilah keputusan itu kerana ia bertitik-tolak daripada sanubari, 'suara rakyat' yang telah diterjemahkan menerusi pengundian pada Rabu lepas (9 Mei), sejajar dengan prinsip demokrasi negara dalam menentukan kepimpinan dan pemerintah seterusnya.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu