malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Shukri Abdull Ketua Pesuruhjaya baharu SPRM

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
PETALING JAYA, 17 Mei (Bernama) -- Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull dinamakan untuk menerajui badan tersebut menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan pada Isnin lepas.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, sini hari ini.

Shukri mengambil keputusan bersara wajib pada 2016 ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dzulkifli telah diarah melapor diri untuk bertugas di Pejabat Peguam Negara pada Selasa lepas.



Dr Mahathir berkata pelantikan Shukri yang akan memulakan tugas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah berdasar pengalaman serta maklumat yang beliau perolehi sepanjang berkhidmat dengan suruhanjaya itu.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu