malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Parti politik Sarawak wajar bekerjasama dengan kerajaan pusat

Tarikh kemaskini: 17/05/2018
 
KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Adalah lebih baik bagi bagi parti-parti politik di Sarawak bersatu dalam sebuah pertubuhan dan bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi menjaga dan melindungi kepentingan negeri itu, kata seorang penganalisis politik.

Datuk Peter Minos, pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak dan mantan timbalan ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata parti-parti politik hendaklah menghormati suara rakyat menerusi peti undi.

"Kini kerajaan pusat di tangan Pakatan Harapan dan rakyat telah bebas bersuara, kita haruslah menghormati suara rakyat and juga perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan kerajaan pusat.

"Tiada sebab kita perlu bertelagah dengan perdana menteri dan kerajaan pusat . Kita di Sarawak mesti bekerjasama dangan Putrajaya sebagai satu pasukan agar suara Sarawak didengari dan mendapat perhatian," katanya kepada Bernama.

Minos berkata parti-parti politik di Sarawak harus mempertimbangkan cara Parti Warisan Sabah di negeri jiran.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu