malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Iftar Nostalgia Ramadan Bersama Wings

Tarikh kemaskini: 16/05/2018
 

empat dari kiri) Pengurus Awie Entertainment Sdn Bhd, Datuk Awie, Pengurus MAC Training Centre, Samirah Haji Hambali, Pengurus Hotel Premiera, Kamarudin Kassim dan anggota WINGS serta Sayap-Sayap WINGS.
Oleh Mohammad Johari Yaakob & Huma Makesvari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Buat kedua kalinya, Awie Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama MAC Training Centre Sdn Bhd dan Hotel Premiera Kuala Lumpur akan mengadakan Iftar "Nostalgia Ramadhan Bersama Kumpulan Gitar Rancak WINGS."

Iftar tersebut akan diadakan pada 26 Mei, Sabtu, dari jam 6 petang sehingga 10 malam bertempat di Grand Ballroom, Aras 6, Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Menurut Pengurus Hotel Premiera, Kamarudin Kassim, berikutan sambutan yang baik pada tahun lepas, Ramadan kali ini membawakan sekali lagi Iftar "Nostalgia Ramadhan Bersama Kumpulan Gitar Rancak WINGS ".

"Pada acara tahun lepas kami telah menerima seramai 500 pengunjung dan pihak kami bersedia menerima lebih ramai pengunjung kerana ballroom Hotel Premiera mampu menampung seramai 800 orang," kata Kamarudin pada sidang media baru-baru ini.

Pengurus Awie Entertainment Datuk Awie pula berkata kumpulan Wings akan mengekalkan lagu-lagu yang telah dinyanyikan pada edisi Ramadan yang lepas seperti lagu Kasihnya Ibu, Selawat, Asma ul Husna, lagu raya dan lima lagu pilihan daripada pihak hotel.

IFTAR BERTEMAKAN "STALL BUFFET"

Pengunjung akan dihidangkan dengan menu istimewa Ramadan ia itu Kambing Perap yang dibakar dengan arang, Sup Tulang Rawang Berempah beserta Roti Bangali, adunan rasa istimewa dalam ‘Nasi Ambeng´, Rendang Tok Betawi, Ayam Bakar Bermadu serta Udang Gulai Kawah.


Menu istimewa Kambing Perap yang dibakar dengan arang


Manakala Stall Buffet pula menyajikan hidangan seperti Otak-Otak, Apam Balik, Sata Ikan, Kebab Ayam dan Daging serta Serawa Durian.

Harga yang ditawarkan bermula dengan pembelian Meja Korporat "VVIP WINGS " yang bernilai RM10,000 satu meja, Meja "Khas WINGS " bernilai RM5,000 satu meja dan RM180 seorang bagi pembelian individu serta RM80 bagi kanak-kanak berusia 5-12 tahun.

Bagi pembelian "Early Birds " Hotel Premiera menawarkan RM150 seorang dan tawaran ini berakhir sebelum 20 Mei ini. Pihak hotel juga mengalu-alukan penaja tiket untuk anak-anak yatim, sekolah tahfiz dan orang tua bagi tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Tiket Ramadan ini boleh dibeli atas talian dari laman web 11Street atau melalui talian +60326151007/ +60326151018 dan kaunter pembelian di kaunter tiket Hotel Premiera Kuala Lumpur.

-- BERNAMA





 
 
 

       Berita Utama Terdahulu