malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

28,356 pengundi berdaftar bagi kawasan Parlimen Labuan

Tarikh kemaskini: 20/04/2018
 
LABUAN, 20 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah merekodkan seramai 28,356 pengundi berdaftar di kerusi Parlimen Labuan dan mereka layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Timbalan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Labuan Awang Marten Abd Rahman berkata, daripada jumlah itui, 2,309 orang ialah pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis, lima orang ialah pengundi pos yang bermastautin di luar negara dan 26,042 pula merupakan pengundi biasa.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat PRU14 di Kolej Matrikulasi Labuan di sini hari ini.

Marten berkata pegawai pilihan raya Labuan EC yang mempunyai 44 petugas termasuk anggota polis sudah bersiap siaga bagi menghadapi pilihan raya dari segi peralatan dan persiapan tempat-tempat mengundi.

"Untuk kawasan Parlimen Labuan, terdapat 17 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai 51 saluran untuk pengundi biasa manakala bagi pengundian awal, terdapat dua PDM yang mempunyai empat saluran mengundi," kata Marten.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu