malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Cacing dalam tin sardin, KKM arah pengimport tarik balik produk

Tarikh kemaskini: 20/04/2018
 
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan dua produk sardin dalam tin dari China, Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC, ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi cacing.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap syarikat pengimport produk itu yang diarah menarik balik produk setelah didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

"Kementerian Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin."

"Dalam isu ini, hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian mengambil maklum laporan yang tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.

"Laporan tersebut menyatakan bahawa pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China," katanya.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu