malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

LHDN teruskan usaha tangani ketirisan cukai

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 

File Bernama
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini berkata ia akan meneruskan usaha untuk menangani ancaman perancangan cukai agresif, hakisan asas serta peralihan keuntungan, dan amalan pengelakan cukai yang menyebabkan ketirisan cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata usaha untuk mengekang ketirisan cukai akan memerlukan kerjasama yang lebih baik antara pelbagai agensi tempatan terutamanya bagi perkongsian maklumat tepat pada masa.

Pendekatan pematuhan lembaga itu adalah untuk menjadikan pematuhan lebih mudah dan ketidakpatuhan sukar, katanya.

"Menjadi hasrat kami untuk memelihara sistem cukai yang adil dan saksama kepada pembayar cukai yang mematuhi undang-undang dan bertanggungjawab, dan pada masa yang sama, memastikan tindakan yang perlu dan sewajarnya diambil ke atas mereka yang dengan sengaja mengelak membayar cukai," beliau dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Persidangan Cukai Malaysia 2018 oleh penganjurnya, Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Sementara itu, Presiden MIA, Salihin Abang menekankan tentang kepentingan persidangan cukai tu dari segi pembinaan kapasiti dan pematuhan.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu