malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Pengerusi PPBM P.Pinang tanding di Parlimen Tasek Gelugor

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 
GEORGE TOWN, 17 April (Bernama) -- Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang Marzuki Yahya diumum sebagai calon kawasan Parlimen Tasek Gelugor, satu-satunya kerusi parlimen ditandingi parti itu, di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Marzuki, 48, di Kelab Cinta Sayang di Sungai Petani, lewat malam tadi.

"Saya akan bertanding di satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi PPBM di negeri ini," katanya.

Pada PRU14, PPBM yang merupakan satu daripada parti dalam Pakatan Harapan, akan menurunkan calon hanya di satu kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Pada pilihan raya umum lepas, Parlimen Tasek Gelugor diwakili Barisan Nasional apabila Datuk Shabudin Yahaya menang dengan majoriti 3,042 undi menewaskan calon PAS Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dan Datuk Seri Mohd Sharif Omar (Bebas).....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu