malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Wanita didakwa tipu jual beli jam tangan, cincin berlian lebih RM200,000

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Seorang wanita didakwa di tiga Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini, atas lima pertuduhan menipu urusan jual beli jam tangan dan cincin berlian berjumlah lebih RM200,000.

Lau Yin Ling Inez, 27, yang tidak bekerja, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som, Maizatul Munirah Abdul Rahman dan Siti Radziah Kamarudin.

Bagi pertuduhan pertama, wanita itu didakwa memperdayakan Jonathan Lourdes, 30, dengan mendorong mangsa menyerahkan dua utas jam tangan berjenama Breitling dan Tag Heuer bernilai RM37,000 menggunakan transaksi pembayaran dipercayai palsu di Midvalley di sini, pada 1.35 petang, 12 Mac lalu.

Wanita itu juga dituduh menipu Rosilah Subari, 46, dengan memperdayakannya melalui urusan pembelian dua cincin berlian sehingga mangsa mempercayai bahawa tertuduh membuat pindahan wang RM26,900 ke dalam akaun Maybank, dan mendorong mangsa menyerahkan dua bentuk cincin berlian yang mana mangsa tidak akan menyerahkan barang kemas itu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di St Mary Resident, Jalan Tengah di sini, pada 12.10 tengah hari, 3 Mac lepas.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu