malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Jangan terbuai kejayaan raih gangsa - Beh Lee Wei

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 

File Bernama
SEPANG, 17 April (Bernama) -- Jurulatih ping pong negara, Beh Lee Wei mengingatkan kepada dua pemainnya agar tidak terbuai dengan kejutan meraih pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia yang berakhir Ahad lepas.

Beh yang juga pemain kebangsaan, sebaliknya menggesa Ho Ying dan pendatang baharu, Karen Lyne menggandakan usaha dan sentiasa bekerja keras untuk menjadi pemain lebih baik pada masa hadapan.

"Sebenarnya mereka mempunyai kemahiran tetapi hanya kurang pengalaman beraksi di pentas antarabangsa. Saya berharap selepas mempamerkan prestasi terbaik di Sukan Komanwel, mereka boleh pergi lebih jauh terutama Karen yang memiliki potensi besar," katanya.

Beh berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tiba bersama skuad ping pong negara dari Gold Coast, Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini, awal pagi tadi.

Beliau berkata dengan kejayaan memenangi pingat gangsa, secara tidak langsung melenyapkan kritikan daripada pihak tertentu yang meragui kemampuan barisan pemain mudanya untuk melakar keputusan positif di Gold Coast.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu