malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Sekurang-kurangnya dua maut kejadian jambatan runtuh di Jawa timur

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 
JAKARTA, 17 April (Bernama) -- Penyelamat menemui dua mayat pemandu trak dan meneruskan usaha mencari orang lain yang hilang setelah jambatan runtuh di wilayah Jawa Timur pada Selasa, menurut pegawai agensi bencana, lapor agensi berita Xinhua.

Tiga trak dan sebuah motosikal menjunam ke dalam sungai apabila jambatan yang terletak di subdaerah Tuban itu tiba-tiba runtuh kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan, kata jurucakap agensi pengurusan bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

"Setakat ini, dua mayat pemandu trak telah ditemui. Mereka terperangkap di dalam trak yang rosak," katanya kepada Xinhua dalam satu mesej teks.

Bagaimanapun, jurucakap itu tidak menjelaskan lanjut mengenai pemandu kenderaan lain.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan, katanya.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu