malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Perkongsian strategik dalam kalangan negara perlu untuk perangi keganasan

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru keperluan mewujudkan perkongsian strategik dalam kalangan negara-negara di dunia dan tentera dalam menangani radikalisme dan keganasan seperti yang disarankan oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah, dalam konteks ini, terdapat keperluan untuk tentera-tentera memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, komited terhadap misi yang sama, berkongsi serta mengoptimumkan sumber untuk mencapai kejayaan.

"Kerjasama dan perkongsian antara tentera, serta antara tentera dan agensi lain memerlukan mekanisme pelaksanaan.

"Rangkaian keganasan kini mudah bergerak, fleksibel dan tidak terhalang oleh undang-undang antarabangsa, mereka juga telah memperluaskan rangkaian jangkauan global yang menjejaskan usaha pengumpulan maklumat risikan," titahnya.

Baginda bertitah demikian dalam ucapan Rundingan Meja Bulat Panglima-Panglima Tentera Darat yang diadakan bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu